Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

08 June 2012

Tips - Tips & Petua-Petua



Seperti yang cekodek Janjikan, Cekodek akan berkongsi tentang tips-tips atau pun petua-petua yang Cekodek amalkan untuk Cekodek kongsikan dekat kamu.

And Cekodek Turut ambil dari Blog-blog sahabat-sahabat lain untuk menambah pengetahuan kita semua..

Hope you like it..


Tips & Petua untuk Rambut

Tips-Tips Penjagaan Rambut



Cekodek akan berkongsi tentang Penjagaan Rambut dari segi :-

Sikat Rambut


Wanita Bertudung


Penjagaan Rambut




Hope Korang Suka dan Korang Amalkan lah...Insyallah akan berhasil (tetapi dengan cara yang betul)

Wanita Bertudung



Untuk hari ini, Cekodek akan bercerita pasal Penjagaan Rambut bagi wanita yang bertudung macam Cekodek,

Bagi wanita yang bertudung, mesti tidak banyak yang risau pasal rambut diorang sebab mereka fikir rambut diorang tidak akan kelihatan,SALAH!!
Kamu tak nak ke rambut kamu cantik walaupun bertudung?
Mestilah nak kan? Bukankah menjaga kesihatan rambut salah satu menjaga kebersihan diri...
ok, Cekodek malas nak bercerita panjang lebar and ini lah tips nya..

Tips 1

Tidak Perlu Mencuci rambut Setiap Hari

Kenapa pula? nanti bau?
Lagi berbau kalau kita cuci awal pagi sebelum nak turun kerja ataupun kelas, Rambut yang basah-basah ditutup dengan tudung dan terkena matahari..kan berbau jadinya..
Cadangan Cekodek supaya mencuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang,sebaik sahaja kamu pulang dari kelas/kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu kalau korang free.And,keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala..ok..


Tips 2

Jangan sentiasa menukar Shampu Kamu

Apa yang Cekodek nak sampaikan ialah,
Korang janganlah sentiasa tukar shampu kamu, kalau dah selesa dengan sesuatu shampu itu, teruskanlah tanpa perlu menukar ke produk shampu yang lain, kesian rambut korang..


Tips 3

Rehatkan Diri kamu

Korang mesti tahu pasal petua yang ini kan? ha....tak pe cekodek nak kongsi juga ^^
Kalau kita pulang dari kelas ke, dari kerja ke, jogging ke, apa-apalah yang telah membuatkan badan kita berpeluh,Jangan terus pergi mandi ok...
Korang rehatkan badan dulu, lap-lap peluh itu,dan bukalah ikatan pada rambut biarkan peluh dekat kulit kepala itu kering, lebih kurang 15 minit macam tu barulah korang pergi mandi ok..

Sumber:-Bernama

Penjagaan Rambut



Seterusnya Cekodek akan mengajar kamu tentang penjagaannya pula...Kan minggu ni adalah Minggu untuk Penjagaan rambut..Dah lupa?

Dari Segi penjagaan pula,
Korang selalu sikat rambut tak sebelum dan semasa mandi dan bangun dari tidur?
Tak semua yang lakukan,Cekodek pun jarang nak sikat rambut semasa mandi sebab terlupa...hahah


Tips 1

Sentiasa sikat rambut Anda

Kalau boleh Cekodek saraankan supaya korang selalu sikat rambut samada bangun tidur, sebelum tidur, sebelum mandi dan selepas mandi...

Kenapa pula nak sikat terus ni?

HA...sebab..
Rambut kita perlu lah sentiasa di belai, anggap rambut itu kekasih awak sebab rambut sentiasa bersama kamu..hahah...
dan juga supaya rambut lebih halus dan insyallah jika kamu lakukannya setiap hari,rambut kamu jarang kusut la...
dan juga dapat membantu kamu untuk menghilangkan kotoran dekat rambut kamu sebelum mandi supaya kotoran itu tidak melekat dekat kulit kepala kamu. Malah, ia juga menyebarkan semua semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala kamu ke seluruh bahagian kepala.Kan lebih sihat ^_^


Tips 2

Rambut Selalu Gugur? dan Rambut sangat nipis?


Ha..mai, Cekodek ajarkan macam mana nak jaga rambut jenis ini
Senang je..tapi ada leceh sikit.Korang ambil buah keras dan bakar sehingga ia berwarna kuning.Kemudian, tumbuk buah keras itu sehingga hancur dan campurkan denhan minyak kelapa.Dah siap..itu lah ramuan..
Pada setiap pagi sebelum mandi, sapukan ramuan itu pada rambut kamu dan biarkan selama 30 minit.
Lepas itu, korang terus pergi mandi...
Cadangan Cekodek, Kamu buat petua ini 2 kali seminggu...sehinggalah korang nampak yang yang rambut korang jarang gugur..insyallah...
Bagi rambut yang nipis pula..cuba korang buat ramuan ni ....and amalkan ok..
Sapukan rambut dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau. Lakukan sekali seminggu.ok


Senang tak petua cekodek? ada pertanyaan? ada percanggahan? comment je ok my love...
Jumpa esok ^^

Sikat Rambut




This is the word i give to you before we started for our study



Untuk Minggu ini Cekodek akan mengajar kamu tentang penjagaan RAMBUT..
Tak kira lah rambut kamu itu panjang mahupun pendek,and tak kira lelaki ataupun perempuan,Insyallah kita boleh amalkan tips ini......Tapi petua ini bukanlah hak milik Cekodek sendiri, tapi Cekodek ambil sebagai Petua Cekodek sebab ia mungkin berguna untuk korang...ok...

Slot pertama Cekodek Kita akan Start dengan penjagaan Rambut tentang pemakaian Sikat Rambut ..ha..Sikat yang selalu orang pakai apa ek?

Ni.. ada tips nya...Kita tidak boleh pakai Sikat Rambut sembarang je..ada juga penjagaannya supaya rambut kita sihat,anggun dan cantik...Rambutkan adalah Mahkota Seseorang Wanita


Sikat 1:- Vent Hair Brush (Sikat Berlubang di bahagian tengah)

Sikat jenis ini amat lah sesuai digunakan semasa mengeringkan rambut dengan pengering. Bagi merangsang dan menggalakkan pengaliran darah yang lancar....


Sikat 2:- Round Hair Brush (Sikat Bulat)

Sikat Jenis ini memang sesuai untuk kita buat style kat rambut..
Sikat ni sesuai untuk sesiapa yang nak buat style membentuk efek keriting....hasil dari penggunaannya adalah membuat rambut bergelombang terutamanya pada hujung rambut.


Sikat 3:-Paddle Hair Brush (Sisir Duyung)

Bagi Cekodek, Sikat ini sesuai untuk sesiapa yang berambut lurus.Sebab Jika kita gunakan Sikat ini Rambut yang lurus itu akan kelihatan lurus dan rapi..
So...cuba lah..


Sikat 4:-The Pick (Sisir Garpu)

Sikat garpu ini digunakan untuk kamu yang memiliki rambut keriting sebab dengan mengunakan sisir ini ia dapat memisahkan rambut ikal atau keriting yang sulit dipisahkan dengan baik. Selain itu, sisir ini juga dapat mempertegas gelombang rambut..

Kejutaan



Lama Dah Cekodek tak bercerita


Cerita Cekodek pada kali ini ingin memperkenalkan fan page Cekodek, tapi bukan lah Fan Page about Cekodek, tapi Page tentang Tips-Tips pasal kesihatan, kecantikan,kehidupan, dan sebagainya serta petua-petua yang Cekodek nak kongsikan kepada semua, hope page itu mendapat sambutan...AMIN


Lepas korang baca post Cekodek ni, korang pun singah la ye, boleh lah baca-baca petua yang Cekodek beri and kalau korang ada petua-petua yang korang selalu guna untuk kecantikan ke, kesihatan ke,apa-apa lah yang korang rasa boleh di kongsikan, Cekodek sangat alu-alukan,


ala...jangan lah kedekut kan?... Kongsi lah sikit ^^


Jangan Lupa le, LIKE sekali ye.. ^^

Fan Tips-Tips & Petua


Cekodek berharap ia berguna untuk korang ^^

Download Sofware



Moga berguna untuk korang ok ^^




Edit Picture Sofware = Tengok Sikit


Antivirus Sofware = Nak Download lah

Antivirus Sofware



Avira = Download

Aware = Download

BitDefender = Download

Eset = Download

Microsoft Security Essentials = Download

Panda = Download

Pc Tools = Download

My Picture Edition Time



Picasa = Download


Photo Shine = Download


Photo Scape = Download


Photo Perfect EX = Download


Photo Magic = Download

07 June 2012



HELLO MY FRIEND


Maaf sebab Cekodek tak pernah nak update blog Cekodek,
Cekodek bukan tak nak update, tapi tak ada Cerita Cekodek yang Cekodek nak kongsikan dengan kamu,lagipun Cekodek terasa sengan nak kongsi pasal peribadi Cekodek sebab Cekodek dan nak Masuk 21 tahun!!
WA! da nak tua dah ni :(


And Cekodek terfikir, something yang boleh Cekodek kongsikan kepada kamu,...
aaa....ni bukan pasal kehidupan Cekodek tapi pasal Rutin Kesihatan and Petua-petua yang Cekodek amalkan setiap hari,hehehe...

Bukan Cekodek kata yang Cekodek ni cantik sangat, tapi...
apa salahnya jika Cekodek kongsikan Rahsia awet muda dari Mama Cekodek....

Cekodek tak ada gambar Mama Cekodek..kalau korang tengok mesti tak percaya yang itu my Mama..hahah....gurau je.....

Lagi Pula, Petua-petua ni amat senang kita nak lakukan.....

Cekodek Pasti semua orang nak kelihatan Cantik dan manis di mata orang kan?

Bukan Cekodek nak suruh Korang beli produk mahal-mahal pun...
Just pakai apa yang kita ada je...kan senang..
Cepat dan Mudah..betul tak?

Tapi....Bukan Sekarang lah Cekodek nak kongsikan Petua itu..and setiap hari lah Cekodek akan update blog ini dan cerita pasal Petua tu.....

ok...jangan risau...apa yang cekodek amalkan,Insyallah Cekodek akan kongsikan ^^

Cekodek akan update and mulakan Cerita Cekodek dengan menceritakan Petua-Petua Kecantikan dan Kesihatan Cekodek dengan pembaca yang setia (Kalau ada lah) Bermula isini ini bersamaan 11 Jun 2012 ...

Jangan ketinggalan Ok..
LOve You All..

Popular Posts