Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

08 June 2012

Penjagaan Rambut



Seterusnya Cekodek akan mengajar kamu tentang penjagaannya pula...Kan minggu ni adalah Minggu untuk Penjagaan rambut..Dah lupa?

Dari Segi penjagaan pula,
Korang selalu sikat rambut tak sebelum dan semasa mandi dan bangun dari tidur?
Tak semua yang lakukan,Cekodek pun jarang nak sikat rambut semasa mandi sebab terlupa...hahah


Tips 1

Sentiasa sikat rambut Anda

Kalau boleh Cekodek saraankan supaya korang selalu sikat rambut samada bangun tidur, sebelum tidur, sebelum mandi dan selepas mandi...

Kenapa pula nak sikat terus ni?

HA...sebab..
Rambut kita perlu lah sentiasa di belai, anggap rambut itu kekasih awak sebab rambut sentiasa bersama kamu..hahah...
dan juga supaya rambut lebih halus dan insyallah jika kamu lakukannya setiap hari,rambut kamu jarang kusut la...
dan juga dapat membantu kamu untuk menghilangkan kotoran dekat rambut kamu sebelum mandi supaya kotoran itu tidak melekat dekat kulit kepala kamu. Malah, ia juga menyebarkan semua semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala kamu ke seluruh bahagian kepala.Kan lebih sihat ^_^


Tips 2

Rambut Selalu Gugur? dan Rambut sangat nipis?


Ha..mai, Cekodek ajarkan macam mana nak jaga rambut jenis ini
Senang je..tapi ada leceh sikit.Korang ambil buah keras dan bakar sehingga ia berwarna kuning.Kemudian, tumbuk buah keras itu sehingga hancur dan campurkan denhan minyak kelapa.Dah siap..itu lah ramuan..
Pada setiap pagi sebelum mandi, sapukan ramuan itu pada rambut kamu dan biarkan selama 30 minit.
Lepas itu, korang terus pergi mandi...
Cadangan Cekodek, Kamu buat petua ini 2 kali seminggu...sehinggalah korang nampak yang yang rambut korang jarang gugur..insyallah...
Bagi rambut yang nipis pula..cuba korang buat ramuan ni ....and amalkan ok..
Sapukan rambut dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau. Lakukan sekali seminggu.ok


Senang tak petua cekodek? ada pertanyaan? ada percanggahan? comment je ok my love...
Jumpa esok ^^

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^_^
Letak la comment kat bawah ni @_@
Satu pun Jadilah ^^

Popular Posts