Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

08 June 2012

Wanita Bertudung



Untuk hari ini, Cekodek akan bercerita pasal Penjagaan Rambut bagi wanita yang bertudung macam Cekodek,

Bagi wanita yang bertudung, mesti tidak banyak yang risau pasal rambut diorang sebab mereka fikir rambut diorang tidak akan kelihatan,SALAH!!
Kamu tak nak ke rambut kamu cantik walaupun bertudung?
Mestilah nak kan? Bukankah menjaga kesihatan rambut salah satu menjaga kebersihan diri...
ok, Cekodek malas nak bercerita panjang lebar and ini lah tips nya..

Tips 1

Tidak Perlu Mencuci rambut Setiap Hari

Kenapa pula? nanti bau?
Lagi berbau kalau kita cuci awal pagi sebelum nak turun kerja ataupun kelas, Rambut yang basah-basah ditutup dengan tudung dan terkena matahari..kan berbau jadinya..
Cadangan Cekodek supaya mencuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang,sebaik sahaja kamu pulang dari kelas/kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu kalau korang free.And,keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala..ok..


Tips 2

Jangan sentiasa menukar Shampu Kamu

Apa yang Cekodek nak sampaikan ialah,
Korang janganlah sentiasa tukar shampu kamu, kalau dah selesa dengan sesuatu shampu itu, teruskanlah tanpa perlu menukar ke produk shampu yang lain, kesian rambut korang..


Tips 3

Rehatkan Diri kamu

Korang mesti tahu pasal petua yang ini kan? ha....tak pe cekodek nak kongsi juga ^^
Kalau kita pulang dari kelas ke, dari kerja ke, jogging ke, apa-apalah yang telah membuatkan badan kita berpeluh,Jangan terus pergi mandi ok...
Korang rehatkan badan dulu, lap-lap peluh itu,dan bukalah ikatan pada rambut biarkan peluh dekat kulit kepala itu kering, lebih kurang 15 minit macam tu barulah korang pergi mandi ok..

Sumber:-Bernama

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^_^
Letak la comment kat bawah ni @_@
Satu pun Jadilah ^^