Post kali ini, Cekodek nak share macam mana nak buat penjagaan kulit muka.
Nak tahu?
Jum baca kat bawah ini...
Penjagaan Kulit muka berdasarkan Cucian Muka
·
Gunakan
Produk
Gunalah
produk yang sesuai dengan kulit muka anda. Nasihat Cekodek, gunalah pencuci
muka yang dapat kawal masalah-masalah yang korang hadapi samada masalah
kulit berminyak mahupun berjerawat.
Cekodek
tak dapat nak tentukan yang mana satu produk yang baik untuk digunakan sebab
kulit kitakan berlainan jenis, ia bergantuk kepada individu sendiri.
Kalau
kulit muka korang rasa gatal-gatal
cepat-cepatlah tukar produk yang korang gunakan itu kepada yang lebih
baik, dan yang penting ia Halal ok.
·
Guna Air
Cucian Beras
Cara ini
lah Cekodek amalkan selalu dekat rumah.Bah kata orang tua-tua, air cucian beras
yang pertama dan kedua tulah air yang dapat mencerahkan serta melicinkan kulit muka kita.
Kalau
kita selalu amalkan, insyallah putihlah/cerahlah serta licin je rasa kulit muka kita ini.
Kalau
ikut cara cekodek macam ini:-
-Bersihkan
muka kita terlebih dahulu mengunakan produk pencuci muka yang kita guna
seharian.
-Ambil
air cucian beras (campurkan air pertama dengan air kedua), dan cuci muka korang
dengan air tu, gosok-gosok sikit la,ok.
-Lepas
itu, ambil kain yang lembut lap muka korang tu, TAPI! Jangan lah lap air beras
tu sampai kering,hanya lap sampai hilang sikit air dekat muka korang itu.
-Dah?.
Ok, biarkan muka korang dalam 5 minit, lepas tu sapulah kirim ke,bedak ke yang
selalu korang guna seharian korang.
-Dah
siap.Senang tak?.Selamat mencuba.
·
Gunakan
gula
Gula?
Peliknya?....
Na k tahu
macam mana?..Ikut je step ini:-
-Ambil
gula yang ada dekat dapur itu dengan jumlah yang sederhana (tidak terlalu
banyak mahupun sedekit), lepas tu campurkan dengan pencuci muka korang selalu
korang gunakan.
-Dah?, Ok
gaulkannya, lepas tu cucilah muka korang itu dengan benda tadi tu (Gula +
Pencuci muka korang) and cuci muka korang macam biasa.
-Gosok
punya gosok, dah?...
Apa lagi,
bilas lah muka korang dengan air, Korang akan rasa licin je muka bila tengah
bilas muka itu.
-Amalkannya
3 kali seminggu, (sekali sehari pun ok juga, tapi takut gula korang cepat habis
^^)
·
Guna air
suam
Ni petua
Cikgu Cekodek yang bagi, heheh,
Bila
korang bangun dari tidur tu, terus je cuci kosong (tanpa pencuci muka) dengan
air suam (jangan terlalu panas,sesuaikan dengan kulit korang).
Cikgu
Cekodek cakap ya bagus itu awet muda ^^.
First-first
macam tak percaya, tapi tengok muka dia macam tak di makan usia je, jadi
Cekodek ambik and share dengan korang.Selamat mencuba.
·
Minum Air
Putih (kosong)
Petua ni
pula cekodek dapat dari mama Cekodek sendiri, memang family cekodek amalkan.
Mcam ini,
bangun pagi, lepas cuci muka dengan air suam, terus minum air putih segelas
sebelum berus gigi. Ada kebaikannya tau, dari segi santifiknya, Cekodek tidak
pasti, tapi dari penjagaan, ia untuk awet muda
dan kesihatan badan juga.Selamat mencuba.
#Lima petua dari
segi cucian muka setakat ini cekodek share dengan korang, bila cekodek ada
petua yang lain, insyallah cekodek akan share dengan korang ok…
Selamat mencuba,
Sebelum membuat petua yang cekodek beri itu baca Bismillah lah dahulu ok.
Kalau lambat
hasillnya, terus je buat samapi hasilnya Nampak ok.Kalau tak juga, terus juga,
sebab cekodek percaya insyallah akan berhasil jika di buat dengan betul dan
selalu diamalkan.