Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

26 October 2012

Penjagaan Kulit Muka



Post kali ini, Cekodek nak share macam mana nak buat penjagaan kulit muka.
Nak tahu?
Jum baca kat bawah ini...


Penjagaan Kulit muka berdasarkan Cucian Muka


·        Gunakan Produk
Gunalah produk yang sesuai dengan kulit muka anda. Nasihat Cekodek, gunalah pencuci muka yang dapat kawal masalah-masalah yang korang hadapi samada masalah kulit berminyak mahupun berjerawat.
Cekodek tak dapat nak tentukan yang mana satu produk yang baik untuk digunakan sebab kulit kitakan berlainan jenis, ia bergantuk kepada individu sendiri.
Kalau kulit muka korang rasa gatal-gatal  cepat-cepatlah tukar produk yang korang gunakan itu kepada yang lebih baik, dan yang penting ia Halal ok.

·        Guna Air Cucian Beras
Cara ini lah Cekodek amalkan selalu dekat rumah.Bah kata orang tua-tua, air cucian beras yang pertama dan kedua tulah air yang dapat mencerahkan serta melicinkan kulit muka kita.
Kalau kita selalu amalkan, insyallah putihlah/cerahlah serta licin je rasa  kulit muka kita ini.
Kalau ikut cara cekodek macam ini:-
-Bersihkan muka kita terlebih dahulu mengunakan produk pencuci muka yang kita guna seharian.
-Ambil air cucian beras (campurkan air pertama dengan air kedua), dan cuci muka korang dengan air tu, gosok-gosok sikit la,ok.
-Lepas itu, ambil kain yang lembut lap muka korang tu, TAPI! Jangan lah lap air beras tu sampai kering,hanya lap sampai hilang sikit air dekat muka korang itu.
-Dah?. Ok, biarkan muka korang dalam 5 minit, lepas tu sapulah kirim ke,bedak ke yang selalu korang guna seharian korang.
-Dah siap.Senang tak?.Selamat mencuba.

·        Gunakan gula
Gula? Peliknya?....
Na k tahu macam mana?..Ikut je step ini:-
-Ambil gula yang ada dekat dapur itu dengan jumlah yang sederhana (tidak terlalu banyak mahupun sedekit), lepas tu campurkan dengan pencuci muka korang selalu korang gunakan.
-Dah?, Ok gaulkannya, lepas tu cucilah muka korang itu dengan benda tadi tu (Gula + Pencuci muka korang) and cuci muka korang macam biasa.
-Gosok punya gosok, dah?...
Apa lagi, bilas lah muka korang dengan air, Korang akan rasa licin je muka bila tengah bilas muka itu.
-Amalkannya 3 kali seminggu, (sekali sehari pun ok juga, tapi takut gula korang cepat habis ^^)

·        Guna air suam
Ni petua Cikgu Cekodek yang bagi, heheh,
Bila korang bangun dari tidur tu, terus je cuci kosong (tanpa pencuci muka) dengan air suam (jangan terlalu panas,sesuaikan dengan kulit korang).
Cikgu Cekodek cakap ya bagus itu awet muda ^^.
First-first macam tak percaya, tapi tengok muka dia macam tak di makan usia je, jadi Cekodek ambik and share dengan korang.Selamat mencuba.

·        Minum Air Putih (kosong)
Petua ni pula cekodek dapat dari mama Cekodek sendiri, memang family cekodek amalkan.
Mcam ini, bangun pagi, lepas cuci muka dengan air suam, terus minum air putih segelas sebelum berus gigi. Ada kebaikannya tau, dari segi santifiknya, Cekodek tidak pasti, tapi dari penjagaan, ia untuk awet muda  dan kesihatan badan juga.Selamat mencuba.


#Lima petua dari segi cucian muka setakat ini cekodek share dengan korang, bila cekodek ada petua yang lain, insyallah cekodek akan share dengan korang ok…
Selamat mencuba, Sebelum membuat petua yang cekodek beri itu baca Bismillah lah dahulu ok.
Kalau lambat hasillnya, terus je buat samapi hasilnya Nampak ok.Kalau tak juga, terus juga, sebab cekodek percaya insyallah akan berhasil jika di buat dengan betul dan selalu diamalkan.

Popular Posts